Followers

.aKu..Dan..DiRiKu..

My photo
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah

Saturday, 16 March 2013


Assallamualaikum….

Now 37week ,Perlu bagi ku untuk mengetahui tanda tanda hendak melahirkan anak..Jom kita sma2 tgk mana tau tanda2 yang aku sebutkan ada pada anda jua..Jom Jom

**KONTRAKSI 5 MINIT SEKALI SELAMA 1 JAM ( ni tanda paling pames lah..Ibu2 yang mengalami dinasihatkan datang segera ke Hospital Bagi yg tinggal jauh dri hospital)

**KELUAR AIR TETUBAN ( Air ni biasanya keluar banyak dari vagina,warnanya jernih ia bukan seperti air kencing sebab air kencing kita akan rasa seperti hendak kencing dan segera ke tandas kan? Tapi air ketuban akan keluar tanpa kita jangka dan sedari dmana jua kita berada. kebanyakan wanita langsung tidak mengalami pecah tetuban sehinggalah saat-saat akhir proses bersalin,biasanya doktor atau jururawat akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin).

Me Wana ”aku biasanya air ketuban akan dipecahkan oleh jururawat masa bukaan rahim 7cm/8cm..”

**KELUAR DARAH DARI VAGINA (terdapat lendir bercampur darah keluar dari kemaluan ia seperti gam yg melekat,ini kerana pintu rahim mula terbuka,ia berlaku beberapa jam atau hari sebelum bersalin..”Aku pun pernah mengalaminya 2 hari sebelum hendak bersalin keluar lendir bercampur darah so bila pi klinik kesihatan jururawat cek bukaan rahim baru 1 cm,jururawat suruh pulang kalu sakit perut baru dia suruh segera ke hospital “

Nota:Me Wana.. Ada pengalaman ibu2 kan bila tanda bersalin kita keluar darah kan nti saat melahirkan tersangatlah sakit berbanding tanda2 kontraksi/pecah tetuban..Dan aku mengiyakan sebab masa mau melahirkan anak kedua tanda bersalin keluar darah memang sakit amat sakit..Ndak tau lah lain orang lain lah rasanya kan..

**SAKIT BELAKANG (2 minggu sebelum melahirkan kita akan merasakan sakit belakang yg amat sangat tidur susah,baring kiri dan kanan x selesa,Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan akan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang apabila kita dekat sudah mau bersalin)

Me Wana“ now me 36week selalu rasa mcm ni sakit belakang time tidur…So tidur pun xlena..(T__T)

**PERUT RINGAN (2 minggu sebelum kelahiran kepala baby sudah pun “turun” kedalam kawasan rangka tulang pelvis..”turun perut bilang orang tua2”)
Me Wana “kata jiran sebelah rumah aku punya perut belum turun lagi hehehehe”

**KAKI BENGKAK

Me Wana “hehehee kakiku skrg bengkak sudah masuk hari ke 4..Tapi hari ke 5 surut balik ..Xtau lah apa tandanya tu hehehe…”

Jika salah satu tanda diatas yang anda rasakan ,maka segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut..
NOTA:  Jika air ketuban anda berubah warna bukan berwarna jernih segeralah ke hospital sebab baby mungkin sudah pun buang air besar dalam tuu…Cepat p Hospital Arr!!!

No comments:

Post a Comment